Thursday, June 8, 2017

Program Nur Ramadan UMNO Bahagian Seputeh & Kementerian Wilayah Persekutuan #Negaraku #Malaysia


*UMNO Bahagian Seputeh*

1. Malam tadi telah berlangsung *Program  Nur Ramadan* UMNO Bahagian Seputeh dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan yang telah diadakan di Surau PPR Muhibbah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


YB Senator Datuk Mustapa Kamal (berbaju pink) ditemani pegawai kanan DBKL di Program Nur Ramadan
YB Senator Datuk Mustapa Kamal menyampaikan sumbangan sempena program Nur Ramadan


Lagi bantuan diberikan YB Senator Datuk Mustapa Kamal
2. Pada program yang mulia ini, bantuan telah diberikan kepada 500 penerima yang dipilih oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan pemimpin masyarakat Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal menambah lagi bantuan kepada 50 orang penerima.  

3. Jumlah keseluruhan orang yang telah menerima bantuan dari kerajaan dan UMNO adalah 550 orang sempena bulan Ramadan yang mulia ini.  Program ini telah dirasmikan oleh *YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor*, Menteri Wilayah Persekutuan. 

_UMNO Seputeh & Masyarakat Berpisah Tiada_

Jom like Facebook Page Rasmi UMNO Bahagian Seputeh di : https://www.facebook.com/UMNOBahagianSeputeh/

No comments:

Post a Comment