Monday, June 12, 2017

Perjumpaan bersama satu keluarga muallaf di Surau Al - Makmur Taman Gembira

YB Senator Datuk Mustapa Kamal bersama keluarga muallaf yang berjumpa beliau
*UMNO Bahagian Seputeh*


1. Malam tadi, pemimpin masyarakat Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh telah berjumpa dengan sebuah keluarga muallaf yang memerlukan bantuan.




2. Keluarga ini terdiri dari seorang ibu dan dua orang anak memohon bantuan dari YB Senator supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih selesa dan sedikit bantuan untuk menghadapi perayaan aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. 

3. Dalam perjumpaan yang telah diadakan di Surau Al - Makmur, Taman Gembira, YB Senator juga menjemput keluarga ini untuk datang berbuka puasa di surau ini setiap hari dan memberi jaminan bahawa pihak surau juga akan membantu keluarga ini dari segi ilmu agama seperti cara bersolat, membaca Al - Quran dan cara - cara kehidupan seorang yang beragama Islam.

4. YB Senator juga berkongsi harapan beliau bahawa kariah surau dan masjid di sekitar kawasan Parlimen Seputeh bersikap proaktif dalam mencari keluarga - keluarga muallaf ini dan menyalurkan bantuan kepada mereka tanpa sebarang sikap prejudis. Ini kerana sebagai umat Islam, kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu saudara - saudara baru kita yang memerlukan bantuan lebih - lebih lagi ketika bulan Ramadan yang mulia ini. 

*_UMNO Seputeh & Masyarakat Berpisah Tiada_*

No comments:

Post a Comment